Yg ni adalah apam polkadot pertama yg saya buat, untuk makan sendiri sekeluarga. Mula-mula resepinya adik saya Ija yg bagi; dia search kat myresepi
Ada yg menggunakan inti/filling kelapa, blueberry, strawberry dan kaya. Saya pulak suka filling 'dark chocolate'.
Resepi lengkapnya seperti di bawah :
- 3 biji telur-dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum/tpg kek
- 220 gm gula halus
- 150gm susu segar/UHT
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk.
- Pukul dengan menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
- Bahagikan kepada beberapa mangkuk & campurkan pewarna ikut suka.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
- 'Pipe'kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan aluminium (acu utk buat pai) atau acuan muffin hingga separuh penuh.
- Isikan filling kesukaan.
- 'Pipe'kan lagi sedikit adunan apam hingga 3/4 penuh.
- Masukkan sedikit adunan tanpa warna ke dalam plastik yg lebih kecil dan potong hujungnya. 'Pipe'kan dot-dot kecil di atas adunan yg telah siap.
- Kukus menggunakan api sederhana besar selama 10-15 min.
- Angkat dan sejukkan apam. Simpan dalam bekas bertutup supaya kekal 'moist'.
* Pastikan telur yg digunakan adalah dari peti sejuk bagi mendapatkan adunan yg gebu.
* Buang 'tali' pada telur untuk mengelakkan bau telur yg terlalu kuat.
* Jangan kukus dengan api terlalu besar, nanti apam akan pecah dan filling terkeluar.
* Bagi mengelakkan filling jatuh ke dasar cup semasa dikukus, pastikan adunan cukup gebu, lakukan kerja menge'dot' dengan cepat sebelum filling perlahan-lahan jatuh ke bawah, letakkan filling secara melintang dan kukus adunan dengan sesegera yg boleh.
* Gunakan api besar pada 1 minit pertama dan kemudian kecilkan kepada api sederhana sehingga masak untuk mendapatkan bentuk dot yg sempurna.
* Apam yg disimpan dalam tupperware boleh disimpan selama 1-2 minggu dalam peti sejuk. Cuma kukus semula bila-bila nak makan.
Bila dah tak larat nak memicit 'dot-dot', main campur-campur je warna dan lorekkan secara bulatan dengan hujung lidi.
Best dimakan semasa panas-panas lagi.
Bila tempahan terlalu banyak, corak pun dah jadi campur-campur, dot pun dah tak jadi dot (yg tu sebab api terlalu perlahan di permulaan mengukus.
salam kenal.... cari2 resepi ni jumpe dlm blog akak..mcm mane cara akak kukus?. buh dlm cup lain ke supaya papercup tu tak basah?..thanks..
ReplyDeleteeemmm...saya dah 3 kali buat apam ni ada je yg tak kena. yang terbaru filling nya jatuh ke bawah dan bahagian atas padat . ntah dimana silapnya. adussss
ReplyDeletethanx akak..info yg sgat berguna =)
ReplyDeletesedap nya.....ooo mcm 2 ke kalo buat hantaran bile ye waktu yg sesuai tok buat?????
ReplyDeleteSalam kak. Nakk tanya apam ni slalu tahan berapa lama.?? If nak bagi tahan lagi lama. contoh seminggu nak buat cmne ye. Tq tnjuk ajar.
ReplyDelete