Nuffnang
Tuesday, March 1, 2011
Assalamualaikum.. Posting pertama, blog kedua!
Mesti ada yang bertanya..
"Apesal ada 2 blog..?"
Meh nak cerita sikit..hehe.
Pada suatu hari ada seorang wanita (cecewah..wanita) yang suka sangat memasak. Dari kecil lagi dia dah teruja ya amat apabila berada di dapur dan mencipta resepi-resepi yg dia seorang je lalu makan. Tahun demi tahun, minatnya memasak semakin berkembang.. sekembang badannya dan secara kebetulan wanita ini tinggal di Seri 'Kembang'an, Selangor (ini cerita benar, tak tipu punya).
Akibat hobi memasak dan terlalu taksub dengan makanan-makanan yg lazat terutama yg manis-manis, kesihatannya semakin terganggu. Lemak-lemak memenuhi setiap ruang pelosok anggota tubuhnya dan organ-organ dalaman lain turut bermasalah. Atas nasihat doktor dan kesedaran dan dorongan yg kuat untuk hidup lebih lama, dia telah menukar gaya hidupnya kepada gaya hidup lebih sihat.
Namun tidak bererti dia harus meninggalkan semua makanan yg lazat-lazat, tapi dia mula mengubahsuai resepi-resepi sedia ada dan mencipta resepi baru yg bersesuaian dengan gaya hidup sihat. Masakan sihatnya dikongsi bersama di blog ini.
Juadah yg manis tidak dipinggirkan, hanya dijamah sepotong cuma. Boleh makan yg manis-manis tapi berpada-pada dan hanya sekali sekala. Keakrabannya dengan ketuhar semakin hari semakin mekar, rakan-rakan pun semakin ramai yg menempah aneka makanan dan bertanyakan resepi. Akhirnya wujudlah blog yg satu lagi iaitu blog ini, khas bagi rakan-rakan dan pembaca yg mempunyai minat yg sama.. KETUHAR!
Jom memasak.. Jom mem'beking'.. Jom bertukar resepi dan idea.. Salam teramat manis dari saya :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment