Nuffnang

Tuesday, March 1, 2011

'BALDU MERAH' (RED VELVET) Yang Tengah Panasss..

Kalau anda suka buat kek, ini salah satu kek yg anda tak boleh miss, apatah lagi sebab sekarang ni si baldu merah tengah meletop-letop dalam ketuhar-ketuhar yg ada di Malaysia. Kat negara kita aje ke? Idak aihh.. kat luat negara pun sama sebab Red Velvet adalah 'the award winning cake'.

Normal 0 21 false false false MS X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 <!--[if gte mso 9]> Normal 0 21 false false false MS X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Selain dari namanya yg anggun, warnanya cukup unik dan cantik, boleh memukau sesiapa sahaja yg memandang. Bukan itu saja, rasanya juga sedap, agak berlainan dari kek-kek yg lain; terasa manis dan lemaknya, ada sedikit rasa coklat serta strukturnya yg gebu, lembut dan 'moist'.

Saya dah lama tau pasal kek ni dari tahun lepas lagi tapi tak tergerak hati untuk mencubanya sebab memikirkan berapa botollah pewarna merah yg digunakan, mesti melekat rasa pewarna tiruan kat tekak. Tapi ye lah, belum cuba belum tau, terlalu awal membuat penilaian. Akhirnya saya akur juga dengan apabila sahabat saya Ikin dari Johor beriya-iya menyuruh saya mencubanya sendiri. Bila dia cakap memang 'sedap giler', saya tak bertangguh dah, nekad..mesti buat! (mekacih Kin!)

Di samping itu, saya cuba 'search' tentang 'si baldu merah' ini dari blog-blog luar negara. Resepi asli untuk mendapatkan warna merah yg cantik tu rupanya adalah hasil tindak balas kimia serbuk koko yg belum diproses dan 'buttermilk' (salah satu bahan dalam red velvet). Tiada sebarang pewarna tiruan digunakan.

Ada juga resepi asli yg menggunakan ubi merah bit, sama ada diambil ekstraknya atau ubi tersebut direbus lalu dilenyek atau diparut, dikatakan ia memberi rasa yg unik dan sangat enak pada 'red velvet'. Versi moden pula menggunakan serbuk koko dan pewarna merah untuk mendapatkan warna yg terang.. 'shortcut' le tu..hehe. Ada alternatif lain ke? Ada.. saya pernah terbaca di 1 blog masakan di Indonesia menggunakan buah naga bagi menggantikan ubi bit.

Saya cuba mencari ubi bit di pasaraya-pasaraya berhampiran..Giant, Jusco. Jenuh jugak tapi akhirnya saya jumpa bit 'Cameron' di Jusco Taman Equine, Selangor, itu pun ada 2 ketul je. 1 ketul harga dekat Rm3.00. Besar ubinya, tak macam yg dalam gambar pun. Sudahnya saya tanam ubi tu dalam pasu kat depan rumah..hehe.

Jadi, inilah resepi Baldu Merah yg saya cuba. Bahan-bahannya :

1 cawan full cream milk
1 camca besar cuka atau jus lemon
(letak tepi 20-30 minit sehingga susu jadi berketul-ketul)

2 1/2 cawan tepung kek/superfine
2 biji telur
1camca teh baking powder
1camca teh soda bikarbonat
125gm mentega
1 1/2 cawan gula kastor
2 camca teh esen vanila
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar pewarna merah (saya guna cap Bunga Raya)

-tepung ngan baking powder akk ayak bersama
-serbuk koko dan pewarna merah.. campurkan, letak kat tepi
-bikarbonat..campurkan dengan 1cmt cuka (buat step ni & masukkan akhir sekali sebelum dibakar, gaul cepat2 ke dalam adunan)

Cara Buat :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan bancuhan koko dan pewarna merah.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk.
5. Masukkan soda yg dicampur dengan cuka tadi dan gaul sebati.
6. Bakar suhu 140 darjah celcius selama 45min shj. (bergantung kepada oven masing-masing ye)

Bahan-bahan untuk Topping (Cream Cheese) :
500gm cream cheese
125gm mentega
2 cawan gula icing

Cara :
Pukul mentega dan cream cheese hingga berkrim kemudian masukkan gula icing. Paipkan atas kek.

Alhamdulillah, banyak tempahan yg saya dapat menggunakan resepi di atas, Hiasannya saya pelbagaikan, ikut apa yg sempat je. Di bawah adalah antara Baldu Merah yg saya hias dengan frosting cream cheese. Terus terang cakap, frostinglah yg menaikkan lagi rasa kek ni. Gabungan dua benda ni di dalam mulut.... adeh.. susah nak ceritalah. Jadi, bila anda buat Baldu Merah ni, kena buat frostingnya juga ye.




Gambar-gambar di bawah adalah koleksi Baldu Merah saya dengan deco berlainan mengikut tempahan.






8 comments:

  1. akak...nak try la resepi ni nanti..

    ReplyDelete
  2. auntiesukitchen: saya pun suka :))))
    eyda: sila.. sila..
    umie: dah try.. sure tak nyesal

    ReplyDelete
  3. terima ksh ats perkongsian yg awesome ni..nk try lah nnti..hehe.. <3

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...tanam ubi bit tu amik benih kat mana ye?mak saya nak tanam..

    ReplyDelete
  5. Assalamuakaikum.. saya pun nak tanam ubi bit tu..

    Nak tanya apa hasilnya bila ditanam dalam pasu..? Bercambah ke ubinya..? TIA..

    ReplyDelete
  6. Salam kak parapara sapura.. Sy nk tanye.. Mane nk beli pewarna cap bunga raya tu ye?? Saya buat guna pewarna serbuk beli dari kdai bakeri, tp kek jd pahit.. Slaen pewarna cap bunga raya, pewarna ape lagi yg akk suggest boleh gune ye??

    ReplyDelete