Merata-rata dah orang buat buat dan makan apam ni sekarang. Mungkin sebab saiznya yg kecil dan comel (sekali ngap je masuk mulut) dan rupanya yg ala-ala muffin, cendawan, rumah 'smurf', helmet, dan macam-macam lagi..hehe.
Yg ni adalah apam polkadot pertama yg saya buat, untuk makan sendiri sekeluarga. Mula-mula resepinya adik saya Ija yg bagi; dia search kat
myresepi
Ada yg menggunakan inti/filling kelapa, blueberry, strawberry dan kaya. Saya pulak suka filling 'dark chocolate'.
Resepi lengkapnya seperti di bawah :
- 3 biji telur-dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum/tpg kek
- 220 gm gula halus
- 150gm susu segar/UHT
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya mudah sesangat :
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk.
- Pukul dengan menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
- Bahagikan kepada beberapa mangkuk & campurkan pewarna ikut suka.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
- 'Pipe'kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan aluminium (acu utk buat pai) atau acuan muffin hingga separuh penuh.
- Isikan filling kesukaan.
- 'Pipe'kan lagi sedikit adunan apam hingga 3/4 penuh.
- Masukkan sedikit adunan tanpa warna ke dalam plastik yg lebih kecil dan potong hujungnya. 'Pipe'kan dot-dot kecil di atas adunan yg telah siap.
- Kukus menggunakan api sederhana besar selama 10-15 min.
- Angkat dan sejukkan apam. Simpan dalam bekas bertutup supaya kekal 'moist'.
Beberapa TIPS membuat Apam Polkadot :
* Pastikan telur yg digunakan adalah dari peti sejuk bagi mendapatkan adunan yg gebu.
* Buang 'tali' pada telur untuk mengelakkan bau telur yg terlalu kuat.
* Jangan kukus dengan api terlalu besar, nanti apam akan pecah dan filling terkeluar.
* Bagi mengelakkan filling jatuh ke dasar cup semasa dikukus, pastikan adunan cukup gebu, lakukan kerja menge'dot' dengan cepat sebelum filling perlahan-lahan jatuh ke bawah, letakkan filling secara melintang dan kukus adunan dengan sesegera yg boleh.
* Gunakan api besar pada 1 minit pertama dan kemudian kecilkan kepada api sederhana sehingga masak untuk mendapatkan bentuk dot yg sempurna.
* Apam yg disimpan dalam tupperware boleh disimpan selama 1-2 minggu dalam peti sejuk. Cuma kukus semula bila-bila nak makan.
Bila dah tak larat nak memicit 'dot-dot', main campur-campur je warna dan lorekkan secara bulatan dengan hujung lidi.
Best dimakan semasa panas-panas lagi.
Bila tempahan terlalu banyak, corak pun dah jadi campur-campur, dot pun dah tak jadi dot (yg tu sebab api terlalu perlahan di permulaan mengukus.